Penulisan ini adalah dari perkongsian
Irfan Masiri dan Ainun Salimah dari IKRAM Terengganu. Salam. Ini merupakan ringkasan ceramah yang
diberikan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi baru-baru ini Kuala Terengganu.
Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar
oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?
1) Gambaran tentang Syria agak tidak
jelas bila dijelaskan oleh media-media massa. Beliau dihantar bagi menjelaskan
apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media-media barat sebenarnya tidak
mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu
mereka telah putar belitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau
di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di
akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga
menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar
Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan
pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan
kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai penyokong.
4) Jangan terpedaya dengan
keyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli
politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tapi, sejak zaman ayah Basyar
Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah
Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
Punca Revolusi.
Puncanya berlaku apabila ada sekumpulan
kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding
sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU
JATUHKAN KERAJAAN.
Slogan ini telah dilaungkan di
negara-negara yang berevolusi.
Mengetahui perihal ini, pasukan
keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah disiksa dengan
cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka . Salah seorang kanak-kanak itu
telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta
kanak-kanak yang lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu,
mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh
puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas
berlakulah revolusi di Syria.
Rakyat Marah.
1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan
yang lepas.
2) Jumaat lepas, lebih 3 JUTA rakyat
Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar
berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak
kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan
pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu
antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak
membunuh rakyatnya.
Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar
Asad)
1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai
40 000 orang rakyat.
2) 39000 orang telah cedera. Mereka tak
dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Membunuh 19 orang doktor di hospital
dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam
penjara.
6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke
tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah,
anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab
Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan
yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan
keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu
yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La
ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
Berita Baik.
1) Masa depan kebangkitan ini begitu
baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari
pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang
turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang
sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil
pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka
tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada
dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah
mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini
adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam
kebangkitan rakyat ini.
1) Basyar Asad juga daripada kelompok
syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin
sunni..84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga
mereka yang terdiri dari 3 keluarga besar, 6% dari posisi tersebut pula drpd
kaum ajam dan 10% lagi dari golongan kuffar. Tiada posisi bg ahli sunnah wal
jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat
melebihi Israel. Rakyat-rakyat sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang
israel pun tidak ditumpahkan darah.
2) Kita banyak tak tahu tentang isu Syria
selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim. Manakala sumber media
lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan. Segala gambar dan
video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para demonstran
yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan dari
mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera
rejim Basyar Asad dengan harga 100 dolar.
(Pembantu Khas Al-Syeikh Dr. Yusof
Al-Qardawi)



